Tuesday, 8 August 2017
Thursday, 12 January 2017
PERANAN REMAJA DALAM DASAR NEGARA
PENGAJIAN MALAYSIA
DUB1012
TOPIK : PEMBANGUNAN NEGARA
TAJUK : NYATAKAN PERANAN-PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN OLEH GENERASI MUDA:
a) Dasar Belia Negara
b) Dasar Kebudayaan Kebangsaan
c) Pelan Integriti Nasional
PENSYARAH : ENCIK SAIFUL NIZAM
AHLI KUMPULAN : MUHAMMAD ASLAM HILMI BIN YAZIEL
(02DGU16F2002)
AHMAD AZAHARI BIN OTHMAN
(02DGU16F2003)
MOHAMAD REDZUAN BIN MOHD SAID
(02DGU16F2009)
MUHAMMAD AMIRUL ARIFF BIN JUSOP
(02DGU16F2020)
NYATAKAN PERANAN PERANAN YANG BOLEH DIMAINKAN OLEH GENERASI MUDA TERHADAP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN, BELIA NEGARA DAN PELAN INTEGRITI
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan kerja kursus pengajian Malaysia ini dengan jayanya. Pertama sekali saya ingin mengicapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pengajian Malaysia iaitu Encik Khairul Nizam kerana memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, harapan saya agar segala tugasan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat melahirkan modal insan yang cemerlang.
PENGENALAN
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan dalam pengertian yang luas ialah pakaian batin yang dilahirkan melalui proses penghayatan yang berkesan dan mendalam. Ia dihasilkan melalui perlakuan manusia dalam pelbagai bentuk perhubungan, penyataan fikiran, perasaan dan perbuatan, penyataan sikap, nilai-nilai yang diyakini dan diamalkan dari semasa ke semasa sehingga mewujudkan kesejahteraan hidup bermasyarakat yang bersatu padu dan kukuh. Negara dianggap sebagai suatu ruang kehidupan. Manusia atau penduduknya ialah bangsa yang mewakili sesebuah negara itu meskipun mungkin terdiri daripada pelbagai keturunan dan kaum. Negara sebagai tempat bagi kita mengembangkan potensi dan membangunkan peradaban bangsa. Maka, kebudayaan dalam erti kata ini ialah meliputi pembinaan sikap, nilai dan ciri yang menentukan akal budi, ketinggian ilmu,penerimaan sains dan teknologi yang sesuai sehingga menumbuhkan rasa persefahaman dan kekitaan sebagai satu bangsa dalam satu Negara. Bagi Malaysia, ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara,yakni keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat ke Malaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
Seterusnya, terdapat banyak slogan dan kata-kata semangat seperti “Belia Harapan Bangsa”, “Belia Hari Ini Pemimpin Hari Esok”, “Belia Bersatu Negara Maju”, dan banyak lagi telah dicipta dan dikhususkan secara langsung kepada golongan yang berstatus belia di negara ini. Hal ini disebabkan belia merupakan golongan yang paling dominan dan berpengaruh dalam masyarakat serta mempunyai ketahanan dan kekuatan yang tinggi dari sudut fizikal dan mental. Selaras dengan itu kepakaran belia perlulah dijana dengan baik, jika tidak sudah tentu golongan ini akan termasuk di dalam golongan yang rugi dan malang.
Selain itu, Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupukbudaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika. Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta disiplin dan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program.
OBJEKTIF
1. Mengenalpasti latar belakang Dasar Kebudayaan , Dasar Belia Negara dan Pelan Integriti Nasional.
2. Mengenalpasti peranan generasi muda terhadap Negara yang tercinta.
3. Mengenalpasti masalah-masalah generasi muda dalam membangunkan negara.
4. Mengenalpasti perpepsi generasi muda terhadap belia negara, kebudayaan kebangsaan serta integriti.
OBJEKTIF KAJIAN
Negara Malaysia secara relatifnya masih muda dan dengan dewasanya generasi merdeka selepas tahun 1957 belum pasti dapat menjamin suatu jiwa kebangsaan yang padu dan utuh. Generasi muda atau belia sebagai golongan yang mempunyai idealisme yang tinggi pasti ingin melihat perubahan dan pembaharuan segera bagi mencapai suatu keadaan yang lebih sempurna (A.Aziz 1984: 2).
Apabila peranan dan masa depan mereka itu mahu ditentukan, maka aspirasi majoriti belia dalam destinasi negara perlu dibina dan diperlihatkan. Justeru kertas kerja ini akan cubamemperlihatkan ciri-ciri belia yang cemerlang serta berkebolehan dan berkeupayaan dalam menjana kemajuan dan kestabilan negara. Selain itu skop atau ruang-lingkup keterlibatan belia dalam aktiviti pembangunan dan kepimpinan negara juga akan diperincikan.
PERMASALAHAN
Dalam memenuhi kewajipan sejagat untuk memastikan generasi muda dapat menaikkan taraf Malaysia. Dengan adanya Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dapat menyatukan pelbagai bangsa di negara ini .
Penglibatan generasi muda dalam Dasar Belia Negara dapat mengurangkan segala aktiviti yang tidak berfaedah seperti dadah, gengsterime, vandalism dan sebagainya. Dalam penglibatan Pelan Integriti dapat menanam sifat integriti dalam diri generasi muda untuk memajukan tanah air yang tercinta daripada perkara yang tidak berfaedah.
Organisasi berperanan dalam memberikan pelbagai motivasi dan aktiviti sukarelawan yang dapat membangunkan cinta generasi muda terhadap Negara. Melalui kepntaran mereka juga dapat diuji bagi membangunkan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kencintaan mereka pada negara.
Tidak dapat dinafikan , terdapat masalah generasi muda yang mempunyai sifat ingin tahu dan mencuba sesuatu perkara yang baru.
Berkemungkinan mereka ingin mencuba perkara yang dapat menggelapkan masa hadapan sehingga menjadi sampah masyarakat.
Peranan generasi muda dalam dasar belia negara
-Dasar Pembangunan Belia Negara menakrifkan bahawa belia ialah orang yang berumur dalam lingkungan 15 tahun hingga 40 tahun.
-Dasar Pembangunan Belia Negara menakrifkan bahawa belia ialah orang yang berumur dalam lingkungan 15 tahun hingga 40 tahun.
-Statistik kependudukan menunjukkan bahawa jumlah belia di Malaysia ialah 12.9 juta daripada 28 juta penduduk di Malaysia.
-Ini membuktikan bahawa golongan belia merupakan penduduk majoriti yang menjadi aset negara untuk menggalas cabaran yang bakal dipikul oleh negara pada masa akan datang.
-Justeru, sumbangan mereka amat diperlukan untuk merealisasikan wawasan negara.
-Antara sumbangan belia dalam pembangunan negara adalah gigih dalam membuat kajian dan penyelidikan untuk kemajuan negara.
-Belia perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk memudahkan penyertaan mereka dalam pembangunan nusa bangsa serta menghadapi cabaran globalisasi.
-Di samping itu, generasi masa kini juga perlu bersiap siaga untuk menjaga keamanan negara.
-Golongan belia digalakkan menyertai pasukan keselamatan sama ada terlibat secara langsung menjadi anggota keselamatan atau menjadi sukarelawan sahaja.
-Sekiranya para belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti seumpama ini, mereka bukan sahaja menyumbang dalam menjaga kemerdekaan negara malah mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti menagih dadah, gengsterisme, vandalisme dan mencuri.
-Justeru, keselamatan negara akan terus terjamin kerana golongan belia sentiasa berada di barisan hadapan untuk mengelakkan daripada sejarah lama berulang kembali bak kata peribahasa, "pisang tidak berbuah dua kali."
-Bukan itu sahaja, golongan belia juga perlu sentiasa memelihara semangat bersatu padu antara kaum.
-Mereka hendaklah menjalinkan hubungan baik antara kaum dengan mengamalkan sikap tolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain.
-Belia juga harus bijak menilai kebenaran berita yang diperoleh kerana dikhuatiri terdapat dakyah daripada orang yang ingin menangguk di air yang keruh untuk memecahbelahkan kaum di negara ini.
-Belia perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk memudahkan penyertaan mereka dalam pembangunan nusa bangsa serta menghadapi cabaran globalisasi.
-Di samping itu, generasi masa kini juga perlu bersiap siaga untuk menjaga keamanan negara.
-Golongan belia digalakkan menyertai pasukan keselamatan sama ada terlibat secara langsung menjadi anggota keselamatan atau menjadi sukarelawan sahaja.
-Sekiranya para belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti seumpama ini, mereka bukan sahaja menyumbang dalam menjaga kemerdekaan negara malah mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti menagih dadah, gengsterisme, vandalisme dan mencuri.
-Justeru, keselamatan negara akan terus terjamin kerana golongan belia sentiasa berada di barisan hadapan untuk mengelakkan daripada sejarah lama berulang kembali bak kata peribahasa, "pisang tidak berbuah dua kali."
-Bukan itu sahaja, golongan belia juga perlu sentiasa memelihara semangat bersatu padu antara kaum.
-Mereka hendaklah menjalinkan hubungan baik antara kaum dengan mengamalkan sikap tolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain.
-Belia juga harus bijak menilai kebenaran berita yang diperoleh kerana dikhuatiri terdapat dakyah daripada orang yang ingin menangguk di air yang keruh untuk memecahbelahkan kaum di negara ini.
PERANAN GENERASI MUDA TERHADAP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Maksud kebudayaan ialah keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan amatlah penting dalam proses pembangunan Negara Malaysia . Proses ini merangkumi setiap lapisan masyarakat. Bagi generasi muda, peranan yang boleh dilakukan ialah:
1. Generasi muda perlu mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional serta memperkenalkannya kepada orang lain seperti adik dan sepupu mereka.Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Bak kata peribahasa, “tak kenal maka tak cinta”. Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing
2. Memperkasakan penggunaan bahasa melayu dengan bertutur menggunakan bahasa melayu dengan orang sekeliling mereka iaitu belia.USAHA mendaulat, memperkasa dan mengantarabangsakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sewajarnya menjadi tanggungjawab semua belia di negara ini.Usaha ini tidak harus dipandang ringan dan mudah.Ini disebabkan usaha berkenaan membabitkan rasa cinta, rasa tanggungjawab dan keprihatinan yang mendalam terhadap bahasa Melayu.Bulan Oktober setiap tahun adalah Bulan Bahasa Kebangsaan yang meminta kita mengangkat dan menggunakan bahasa Melayu dengan betul, tepat dan berkesan dalam semua urusan kehidupan seharian.Usaha ini boleh dilakukan dengan berkesan di peringkat sekolah menengah dan di pusat pengajian tinggi awam dan swasta.Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di media baharu atau urusan seharian perlu betul, tepat dan berkesan. Bahasa yang baik, betul dan tepat akan mencerminkan ketamadunan dan kesantunan bangsa yang cemerlang. Inilah tanggungjawab yang harus dilaksanakan dan dipikul oleh setiap belia.
3. Memakai baju kebangsaan iaitu baju melayu ke majlis rasmi ataupun tidak rasmi.Baju Melayu (bahasa Arab: باجوملايو) ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok.Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang.Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, kepejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat.Baju Melayu biasanya dipakai di Brunei, Malaysia dan Singapura oleh orang-orang Melayu, pada hari Jumaat di masjid, dan Aidilfitri. Lelaki Brunei dan Malaysia biasanya memakai baju untuk majlis-majlis keagamaan yang umum, seperti melawat masjid atau untuk perhimpunan agama.Walaupun begitu, di Malaysia dan Brunei, ia biasanya dipakai di acara-acara formal, seperti perayaan dan perkahwinan
4. Meghormati budaya lain supaya tidak berlaku perpecahan dan pergaduhan antara kaum.Kita akan bersatu kalau kita saling menghargai.Kita juga harus berani menerima perbezaan.Bagaimana cara menghargai perbezaan suku bangsa dan budaya? Caranya adalah seperti berikut:
§ Menerima dan menghargai suku, agama, budaya, dan adat istiadat orang lain.
§ Melakukan dialog antara suku, agama, dan golongan. Dialog ini dapat mengurangi rasa saling curiga dan permusuhan.
§ Tidak menganggap suku sendiri yang paling baik dan suku yang lain buruk.
§ Tidak meremehkan dan menghina adat istiadat, kebiasaan, dan hasil kesenian suku bangsa lain.
§ Menghormati suku, agama, budaya, dan adatistiadat orang lain.
Kalau menjadi pemimpin masyarakat, kita harus melindung isemua golongan yang ada dalam masyarakat.
5. Kerap mengadakan majlis yang berkaitan dengan kebudayaan kebangsaan supaya orang ramai dapat merasai keistimewaan kepelbagaian budaya.Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa,Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.
6. Sentiasa memelihara budi bahasa kerana ia mencerminkan budaya masing-masing. Pengertian budi bahasa ialah merupakan nilai murni yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dahulu untuk menjaga keharmonian masyarakat.menurut DPB,budi bahasa merangkumi pekerti,akhlak,watak dan kelakuan yang baik,sopan, pemurah dan sebagainya yang dikenali sebagai nilai-nilai murni. Budi bahasa diajarkan daripada pebagai agama. Antara ciri-ciri budi bahasa ialah seseorang yang bersopan santun dalam pertuturan kata. Selain itu, jujur dalam meelakukan kebaikan dan tidak sombong iaitu merendah diri. Seterusnya, suka menolong orang lain. Seorang pemaaf yang ikhlas dari hati. Seorang yang sabar dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi. Contohnya dalam masyarakat melayu. Selaras dengan ajaran islam seseorang itu perlu bercakap dengan lembut. Menunduk badan apabila dengan orang tua. Salam diberikan semasa bertemu. Memakai pakaian menutup aurat dan tidak bercakap semasa makan.
7. Mewariskan budaya tempatan kepada adik-adik yang masih muda supaya budaya ini tidak hilang pada masa hadapan.Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya.Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identity tersendiri.Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di Negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya.Tetapi kini, warisan budaya tradisional Negara kita semakin lenyap ditelan arus pemodenan.Budaya melambangkan identity sesebuah negara.Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.Misalnya, keunikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.
PERANAN GENERASI MUDA TERHADAP BELIA NEGARA
Maksud belia ialah orang yang berumur 15 tahun hingga40 tahun. Statistik kependudukan di Malaysia menunjukkan hampir separuh daripada penduduk di Malaysia dimonopoli oleh belia iaitu 12.9 juta daripada 28 juta penduduk. Oleh yang demikian,wajarlah belia memainkan peranan dalam merealisasikan wawasan Negara. Antara peranan yang boleh dimainkan ialah:
1. Melengkapkan diri dengan kemahiran bagi menghadapi cabaran globalisasi. Contohnya, ekonomi Negara yang jatuh merudum. Antara kemahiran terpenting yang harus dikuasai ialah kemahiran berkomunikasi.Kemahiran berkomunikasi ialah kebolehan istimewa yang menggabungkan kecekapan seperti petah berbicara, matang dalam melontarkan idea dan pendapat serta berani lagi yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. . Signifikan menguasai pelbagai bahasa memang tidak dapat dielakkan lagi dalam era globalisasi tanpa sempadan seperti sekarang.Keupayaan seseorang menguasai pelbagai bahasa memberikan ruang yang luas untuknya menjalinkan jaringan komunikasi dan seterusnya menghidu pelbagai peluang kerjaya. Kemahiran teknologi adalah antara cabaran terbesar yang mesti dikuasai oleh setiap remaja.Pada hari ini dianggarkan lebih 200 ribu graduan yang menganggur akibat kesukaran untuk memasuki pasaran kerja. Namun demikian, rata-rata graduan yang memiliki ijazah dalam bidang teknologi seperti kejuruteraan, elektronik dan perniagaan sangat mudah diterima oleh majikan. Dalam dunia yang semakin dikuasai oleh pengaturcaraan maklumat, kemahiran dalam bidang ICTsentiasa memberikan kelebihan kepada individu.Pada hari ini semua urusan yang bermula dari kaunter hadapan hinggalah kepada membuat keputusan yang paling dasar bergantung penuh kepada akses komputer. Golongan remaja kini mesti celik komputer dan mempunyai pengetahuan secara profesional dalam bidang pengaturcaraan, ‘programming’ dan perisian. Golongan remaja hendaklah memiliki sekurang-kurangnya kemahiran asas komputer seperti ‘Office’, ‘Powerpoint’, ‘Excel’, ‘Adobe’ dan boleh melayari Internet. Malahan, seperkara yang amat penting juga, kebolehan berbahasa Inggeris juga amat penting dalam menguasai teknologi maklumat ini.
2. Golongan belia haruslah bersatupadu dan menghormati antara satu sama lain supaya perpaduan di Malaysia tidak akan pecah atau runtuh walaupun berbeza kaum dan agama supaya Negara akan terus kekal aman dan damai. Perbezaan agama tidak bermaksud sesebuah Negara tidak akan aman. Manusia ataupun belialah yang sebenarnya yang perlu memainkan dengan mengamalkan sikap hormat menghormati, rendah diri, bertolak ansur dan mementingkan kedamaian untuk mengekalkan kedaulatan Negara ataupun mengekalkan perpaduan Negara di Malaysia. Sikap toleransi dalam pergaulan haruslah dipupuk agar dapat mengekalkan perpaduan.
3. Belia harus menyelidik dan bijak membuat penilaian terhadap berita yang diperolehi daripada luar negara ataupun dalam negara bagi mengelakkan perpecahan kaum di negara ini. Salah satu sikap yang wajib ada pada diri seseorang adalah sentiasa memastikan dan menyemak apa jua maklumat dan berita yang sampai kepadanya. Ini adalah bagi mengelakkan pelbagai bentuk fitnah dan tindakan yang salah setelah itu akibat maklumat yang bermasalah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut.” (Surah al-Hujurat, 49: 6).Pada hari ini, di mana masyarakat secara umum begitu mudah menerima, takjub, dan terpengaruh dengan pelbagai jenis khabar dan berita, walapun sumber berita tersebut datangnya dari musuh-musuh Negara sendiri. Sehingga khabar-khabar tersebut akhirnya merosakkan pemikiran mereka tanpa sedar. Tidak cukup dengan itu, mereka membantu menyebarkan pula maklumat dari berita-berita yang mereka terima sedangkan mereka sendiri tidak dapat memastikan kesahihan dan mengkaji kesannya kepada umum.
4. Belia harus bergiat aktif dalam aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan seperti sukarelawan dan pasukan keselamatan supaya mempunyai kemahiran asas bagi mempertahankan dan mengekalkan keamanan Negara. Sekiranya para belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti seumpama ini, mereka bukan sahaja menyumbang dalam menjaga kemerdakaan Negara malah mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti menagih dadah ,gengsterisme ,vandalisme dan mencuri. Justeru ,keselamatan Negara akan terus terjamin kerana golongan belia sentiasa berada di barisan hadapan untuk mengelakkan daripada sejarah lama berulaang kembali bak kata peribahasa”pisang tidak berbuah dua kali”.
5. Gigih membuat kajian dan penyelidikan untuk kemajuan Negara. Kajian yang dilakukan dengan sempurna dapat membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi serta menghalang daripada kita mengulangi kesilapan yang pernah berlaku.penyelidikan ilmiah turut meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi. Dengan adanya penyelidikan para ahli ekonomi dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan perlaburan yang dapat meningkatkan pendapatan Negara. Pengetahuan yang luas dan inovasi hasil penyelidikan dan kajian dapat membantu industry Negara kita menghasilkan barangan atau produk serta perkhidmatan yang berkualiti. Perkara ini akan membuka peluang-peluang ekonomi serta pembangunan Negara kita. Kajian juga turut membantu menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berlaku di beberapa bahagian Negara kita.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, generasi muda atau belia mempunyai peranan serta kepentingannya tersendiri dalam usaha untuk membangunkan masyarakat dan negara. Belia sebagai pemimpin masa kini dan masa hadapan mesti bergerak dalam kematangan, keupayaan dan motivasi yang lebih positif dan efektif di dalam komitmen yang lebih kukuh (A. Aziz 1984: 21).
Kesedaran perlu wujud dan berkembang sealiran dengan cita-cita pembinaan budaya bangsa ke arah kewujudan satu negara yang bermaruah dan mempunyai martabat yang tinggi. Tuntutan masyarakat dan global yang semakin canggih, wajarnya memerlukan peranan yang rasional dan beridea segar daripada belia. Tugas belia serta masyarakat umumnya ialah memastikan agar tuntutan tersebut dipenuhi selengkapnya.
RUJUKAN
Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1110&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz37h6IHUQi
http://documents.tips/documents/1-malaysia-karangan-565db8d0581ee.html
http://www.utusan.com.my/rencana/memperkasa-bahasa-kebangsaan-1.141917
Subscribe to:
Comments (Atom)











